Anggota Parlimen UMNO, abang direman empat hari

PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) — Seorang Anggota Parlimen UMNO bergelar ‘Datuk Seri’ dan abangnya ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.
Turut direman ialah seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga pengarah syarikat berkaitan dengan Datuk Seri itu yang sebelumnya ditahan pada 5.30 petang semalam di Putrajaya.
Perintah tahanan reman berkuat kuasa hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut jurucakap SPRM, wakil rakyat dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, selepas hadir memberi keterangan.

(Visited 10 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.