OP REDBACK SIRI 11 APMM-ABF – SASAR BANTERAS PENYELUDUDPAN MIGRAN [24 SEPT 2018]

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM sekali lagi menjalin kerjasama dengan Australian Border Force, ABF dalam menjayakan Op Redback siri 11, bermula hari ini sehingga 28 September.

Ia merupakan kesinambungan kepada usaha kedua-dua pihak terutama APMM membanteras kegiatan penyeludupan migran, khususnya dari Asia Barat.

Pengarah Maritim negeri Johor, Laksamana Muda Maritim Dato Abu Bakar Idris berkata, kerjasama kali ini melibatkan 130 anggota dan dua aset dengan fokus daripada sudut pengoperasian.



Ia diyakini dapat meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota ketika melaksanakan operasi.

Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama kedua-dua pihak berjaya menurunkan statistik penyeludupan migran dari Asia Barat.
out

Beliau ditemui selepas simbolik pelancaran Op Redback siri 11 di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Hadir sama wakil ABF, Commander Chris Waters.

Sejak Januari 2006 hingga kini, sebanyak seribu 79 kes tahanan pendatang asing tanpa izin direkodkan melibatkan tangkapan seramai lebih tujuh ribu orang.

(Visited 3 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.