Sekat pengeluaran lesen jual arak

GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menyekat sebarang pengeluaran lesen berkaitan penjualan minuman beralkohol lebih-lebih lagi alkohol murah atau samsu bagi mengelakkan kematian disebabkan keracunan arak.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya memandang serius laporan kematian disebabkan keracunan arak di negara ini.

“Apa yang merisaukan ialah arak itu dikatakan dijual di pasaran sejak sekian lama dengan harga yang murah iaitu sekitar RM3 hingga RM5 untuk 150ml sebotol dan ia mudah didapati oleh mana-mana pihak tanpa sebarang sekatan.



Berita Penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1644833

(Visited 4 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.