SABAH LAKAR SEJARAH SUKMA, JUARA HOKI LELAKI

PERAK – Malam tadi, Sabah melakar sejarah Sukma, apabila buat pertama kali dinobatkan juara hoki lelaki, menewaskan Pahang, di Stadium Azlan Shah, Ipoh.

Walaupun terikat 1-1 sehingga tamat permainan, skuad bimbingan Hasrul Jideh yang turun dengan semangat juang tinggi, berjaya menewaskan Pahang 4-2 dalam penentuan pukulan penalti.

Pada perlawanan akhir itu, Pahang terlebih dahulu berada di hadapan apabila Muhamad Izham Azhar menjaringkan gol pada minit ke-35 menerusi pukulan penalti.

Sabah, bagaimanapun, bangkit menjaringkan gol penyamaan menerusi Shello Silverius pada minit ke-49 melalui pukulan sudut penalti.

Dalam penentuan pukulan penalti pula, Granson Noel Goden muncul wira Sabah, apabila jaringannya menewaskan penjaga gol Pahang, Amirul Afiq Azhar, bagi memastikan pingat emas buat Sabah.

Ini kali pertama Sabah mara ke final Sukma dan seterusnya memenangi pingat emas.

Sementara itu, pada perlawanan penentuan pingat gangsa, Johor menewaskan tuan rumah Perak 2-1.

(Visited 7 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com