UKARA, TANZANIA – Presiden Tanzania, John Magufuli mengarahkan pengurusan feri yang karam di Tasik Victoria ditangkap.
Angka korban insiden berkenaan kini meningkat 136 orang.

Pihak berkuasa berkata, pasukan penyelamat terus gigih mencari sejumlah lagi penumpang yang masih hilang dan dipercayai lemas.

Feri MV Nyerere dipercayai membawa sehingga 200 penumpang, melebihi had yang dibenarkan ketika ia karam berhampiran dermaga di Pulau Ukara Khamis lalu.



Tanzania berdepan insiden paling buruk membabitkan lebih 800 korban selepas feri yang dinaiki karam dalam perjalanan ke Mwanza pada 1996.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.