KEDAH – Pemilihan bagi cabang Sungai Petani dan Kulim Bandar Baharu ditangguhkan ekoran masalah teknikal sistem e-undi, sehingga dimaklumkan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR, Zamri Yusof berkata penangguhan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Jelasnya, Padang Serai, Padang Terap dan Kuala Kedah sudah dijalankan proses berkenaan.

Manakala di Alor Setar proses masih belum dimulakan sehingga pukul 11.45 pagi tadi.



Bagi Cabang Pokok Sena, pemilihan tidak dijalankan berikutan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadikan hanya 14 cabang layak mengundi setakat ini.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 11 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.