KUALA LUMPUR – Sebanyak 78,000 tikus telah ditangkap melalui kempen ‘1 tikus RM3’ yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2012.

Timbalan Menteri Wilayah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, ganjaran berjumlah RM170,000 telah diberi kepada mereka yang berjaya menangkap haiwan itu.

“Saya secara peribadi berpendapat supaya ganjaran berbentuk kewangan ini dapat diubah kepada lebih baik seperti ganjaran dalam bentuk rebat.

“Rebat ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti sewa rumah dan sebagainya,” katanya pada perasmian Gotong-royong Mega 2018 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, hari ini.

Kempen itu pada awalnya memberikan ganjaran RM1 bagi setiap tikus telah dinaikkan kepada RM3 seekor bermula 2015.
Sementara itu, Datuk Dr Shahruddin turut menarik perhatian penyakit kencing tikus yang direkodkan di Kuala Lumpur setakat ini adalah 64 kes manakala 160 kes direkodkan tahun lepas.

Turut hadir pada majlis itu anggota parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan. BERNAMA

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.