PUTRAJAYA – Seramai 338 orang warga asing ditahan dalam 1 operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya di sebuah kawasan kilang di Cyberjaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pekerja asing yang ditahan itu antaranya terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 19 59/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kebanyakannya bekerja menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dimiliki oleh beberapa syarikat yang berlainan.



Menerusi kenyataan hari ini, Datuk Seri Mustafar berkata hasil pemeriksaan juga mendapati beberapa syarikat didapati membekalkan tenaga pekerja warga asing yang mempunyai PLKS atas syarikat lain tetapi bekerja di syarikat yang lain.






Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.