SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Eurasian Association of Performing Arts (Euroasia), dengan kerjasama Royale Chulan Seremban, akan mengadakan Festival Piano pertama di Negeri Sembilan pada 29 September ini.

Presiden Euroasia, Angel Lee berkata, festival itu menjadi platform bagi pemuzik muda menyerlahkan bakat mereka untuk menyertai pertandingan mengikut piawaian muzik antarabangsa.

Pengisian festival termasuk konsert yang menyerlahkan keunikan persembahan seperti muzik piano klasik serta elemen tradisional klasik.



Konsert itu juga bakal menampilkan persembahan istimewa daripada Penaung Euroasia, Tunku Datuk Seri Zain Al Abidin Tuanku Muhriz.

Setakat ini 100 penyertaan telah diterima dengan penyertaan termuda pemuzik berusia 4 tahun.

Hampir 80 tiket berjaya dijual dan dijangka sebanyak 150 jualan tiket habis sebelum konsert berlangsung.

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.