SULTAN JOHOR KURNIA PESAWAT AMPHIBIOUS KEPADA UTHM

In this video

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pesawat jenis Amphibious buatan Amerika Syarikat iaitu Lake Renegade LA-270 kepada Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan pesawat itu sebagai tanda sokongan Baginda kepada program Aeronautik yang diperkenalkan oleh UTHM.

Baginda amat berbangga kerana UTHM menawarkan program Aeronautik yang mempunyai keunikannya tersendiri dengan menggabungkan aspek teknologi kejuruteraan aeronautik dengan pelesenan penerbangan profesional yang diiktiraf dalam pasaran.

“Sebagai tanda sokongan saya kepada program ini, saya akan menghadiahkan sebuah pesawat jenis Amphibious kepada UTHM. Jagalah pesawat ini dengan baik sekali,” Titah Baginda.

Baginda yang juga Canselor UTHM bertitah demikian pada Majlis Titah Tuanku Canselor Sempena Jubli Perak 25 Tahun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat hari ini (20 September).
Sempena majlis itu, Tuanku Sultan Johor turut berkenan melancarkan Buku Dian Desa: Dari Pulau Sialu ke Sungai Layau.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah program ijazah sarjana muda itu merupakan yang pertama di Malaysia dan satu-satunya program yang ditawarkan di Asia Tenggara.
“Malah di seluruh dunia, hanya terdapat empat sahaja universiti yang memiliki gabungan program tersebut,” titah Baginda.

Tuanku Sultan Johor turut bersetuju supaya landasan kapal terbang lama di Tanjung Labuh di Batu Pahat dibangunkan semula dan dijadikan sebagai pusat latihan penerbangan untuk pelajar UTHM.
“Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan Persekutuan untuk memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan program ini secepat mungkin.

” Program Aeronautik ini bukan sahaja dapat melonjakkan nama UTHM, tetapi juga membuka peluang yang besar dalam pembangunan industri aeronautik di negara ini,” titah Baginda.

~~~~~

SULTAN OF JOHOR DONATES AMPHIBIOUS AEROPLANE TO UNIVERSITY

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has graciously agreed to donate his private US-made amphibious aeroplane – a Lake Renegade LA-270 – to Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) in Batu Pahat for its aeronautics academic programme.

His Majesty said he was impressed because the unique course is a combination of an aeronautical engineering degree and a recognised professional pilot license.

“As a token of my support for this programme, I am donating an amphibious aeroplane to UTHM. Please take good care of it,” said His Majesty in a speech during the university’s silver jubilee celebrations in Batu Pahat today (20th Sept).

Tuanku Sultan, who is UTHM Chancellor, also consented to launch a book titled ‘Buku Dian Desa: Dari Pulau Sialu ke Sungai Layau’, during the ceremony.

Elaborating on the aeronautics programme, His Majesty said the UTHM degree is not only the first of its kind in Malaysia, but also noted that no other tertiary institution in South East Asia offered such a unique course.
“In fact, UTHM is now one of four universities worldwide to offer this programme,” said His Majesty.
Tuanku Sultan said the old Tanjung Batu air strip in Batu Pahat should also be redeveloped and turned into an aeronautical training centre for UTHM students.

“I therefore urge the Federal government to support this initiative to spur the success of this programme.
“The aeronautical programme will not only put UTHM on the world map, but also open new opportunities for the development of the aeronautical industry in Malaysia,” said His Majesty.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

(Visited 58 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com