POLIS SERBU RESTORAN DIJADIKAN PORT JUDI ONLINE

Kuala Lumpur – Guna khidmat jaga air untuk tapis identiti kaki judi selain memastikan hanya kaki judi tulen saja dibenarkan menyertai kegiatan pertaruhan.

Tapisan ketat ini dikesan dilakukan ‘jaga air’ dalam kalangan lelaki tempatan yang berkemampuan mengendalikan pertaruhan judi dalam talian menggunakan telefon pintar atau tablet.

Terbaru pihak polis Daerah Subang Jaya mengesan aktiviti ‘jaga air’ yang menjadikan restoran di daerah ini sebagai markas operasi.

Berdasar maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya melakukan serbuan di sebuah restoran di Taman Puchong Prima di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, polis menyerbu restoran berkenaan yang dijadikan ‘markas’ berkumpul untuk berjudi.

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, poolis menahan tiga individu termasuk dua wanita warga asing disyaki juruwang sindiket berkenaan.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.