MERINGKUK SEBULAN DI PENJARA, TAWAR KHIDMAT SEKS KEPADA POLIS

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama sebulan akibat menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman itu terhadap S.L. Mahaletchumy, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Hotel Sun Ya, di Jalan Raja Laut, di sini pada 7.15 malam, 14 Sept lepas mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh tangkap pada 14 Sept lepas.
Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamatan, Sani Ghazali,38, dihukum penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai jenis coklat bernilai RM126 di Pasaraya Aeon, Mid Valley di sini pada 10.45 malam, 15 Sept lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

(Visited 16 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com