MALAYSIA SEDANG BERUNDING BAWA PULANG JET PERIBADI YANG DIKAITKAN SKANDAL 1MDB – SAIFUDDIN ABDULLAH

Malaysia sedang berunding dengan pihak yang terlibat, bagi membawa pulang jet peribadi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 yang didakwa milik ahli perniagaan – Jho Low itu, dilaporkan berada di Singapura sejak tahun lepas. Menteri Luar , Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengesahkannya, bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut. Beliau bercakap dalam sidang media, selepas mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, di ibu negara. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memaklumkan, akan membawa jet itu pulang ke Malaysia.

(Visited 11 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.