3 MAUT DALAM KEMALANGAN KETIKA RIBUT MELANDA PERLIS

KANGAR – Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung ketika ribut kuat melanda. Kejadian berlaku di Bukit Cabang, Padang Besar malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Hafiz Johari, 28-tahun, dan isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27-tahun, yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak hari ini, serta Konstabel Muhamad Amirul Naim Aziz, 24-tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Supritenden Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Amirul Naim bertembung di simpang Bukit Cabang dengan kereta dipandu Hafiz yang datang dari arah Kangar.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.