KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyampaikan ucapan khas pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, esok.

Menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB), persidangan dwitahunan itu yang bermula esok sehingga Khamis akan dihadiri hampir 2,000 perwakilan, adalah persidangan tenaga dan bekalan elektrik terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia. “Dr Mahathir, yang menjadi tetamu kehormat ketika kali terakhir Malaysia/TNB menganjurkan CEPSI pada 1996, akan menyampaikan ucapan khas pada persidangan tahunan edisi ke-22 CEPSI pada tengah hari Selasa ” kata TNB dalam kenyataan.

Bertemakan “Imaginasikan Semula Kemudahan Masa Depan”, persidangan itu akan menampilkan 17 penceramah berprofil tinggi untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan berkaitan isu tenaga dan membincangkan amalan terbaik terhadap isu penting seperti trend dan perubahan global, kemudahan masa depan, kelestarian, inovasi serta masa depan pintar bagi industri bekalan elektrik.

TNB berkata kira-kira 550 kertas kerja teknikal, lima sesi ucaptama dan 100 pempamer, CEPSI 2018 bakal menjana perbincangan membina dan mewujudkan rangkaian bermakna dalam kalangan perwakilan daripada lebih 30 negara. BERNAMA



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.