SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP RAJA MUDA KEDAH

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Salehuddin di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini (17 September).

Pada pertemuan itu, Tengku Sarafuddin mempersembahkan warkah persilaan kepada Tuanku Sultan Ibrahim sempena Istiadat pertabalan Sultan Kedah yang ke-29, DYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 Oktober depan.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada September tahun lalu mengantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada 11 September.

Pertabalan Sultan Kedah yang terakhir berlangsung pada Jumaat 20 Februari 1959 menyaksikan Almarhum Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 mengantikan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Visited 65 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com