3 KELUARGA DARIPADA 15 PENDUDUK TERJEJAS BANJIR DI LINGGI.

Review

Reader Rating: (0 vote) 0

LINGGI – Sebanyak 3 keluarga daripada 15 orang penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Balai Raya Kampung Sungai Raya, setelah kediaman mereka di Kampung Ladang Sengkang, Linggi, dinaiki air Sabtu lalu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri bersama-sama agensi yang terlibat akan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah penduduk.Beliau yang ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Sungai Raya memaklumkan, kerajaan negeri juga akan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam masa terdekat.Sementara itu, operasi permindahan penduduk melibatkan tiga pegawai dan 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan serta 2 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.Penduduk hanya dibenarkan pulang sekiranya keadaan cuaca tidak hujan dan kawasan kediaman benar-benar selamat untuk diduduki semula.

(Visited 9 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.