MAKLUMAT AWAM MEMBAWA KEPADA PENAHANAN DUA KAPAL TANGKI PINDAH MINYAK

KOTA TINGGI, 12 Sept 2018 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim (ZM) Tanjung Sedili telah menahan dua buah Kapal Tangki yang gagal mengemukakan Pengistiharan Kastam dan apa-apa dokumen berkaitan pembayaran cukai semasa menjalankan aktiviti pemindahan minyak secara kapal ke kapal.

Pengarah ZM Tanjung Sedili, Kepten (M) Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, pada kira-kira jam 12.15 awal pagi ini, Seksyen Operasi ZM Tanjung Sedili telah menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pemindahan minyak secara kapal ke kapal (STS) yang dilakukan dengan niat seperti terdapat percubaan untuk lari daripada membayar cukai di Perairan di Dalam Batas Pelabuhan Pasir Gudang. Bertindak atas maklumat tersebut, Bot Peronda Maritim Malaysia telah memeriksa dan seterusnya menahan dua buah Kapal Tangki yang berdaftar di Malaysia.

”Penahanan kapa-kapal bersama 7 dan 34 kru tersebut yang salah satu daripadanya adalah kapal pengangkut Gas Nitrogen Cecair (LNG) kedudukan lebih kurang 2.5 BN Barat Daya Tanjung Setapa, Pengerang. Pemerhatian awal mengesyakki kedua-dua kapal tersebut sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara STS dan apabila diperiksa, Nakhoda kedua-dua kapal gagal mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan pembayaran cukai dan Pengistiharan Kastam.

Kes akan disiasat mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Jika didapati bersalah boleh didenda sehingga 2 kali nilai kargo yang terlibat” katanya disini.

Menurut Kepten (M) Zulfadli lagi, Maritim Malaysia amat berterima kasih atas maklumat-maklumat yang disalurkan oleh orang Awam namum berharap agar maklumat tersebut adalah benar-benar atas dasar tanggungjawab bersama untuk memastikan Perairan Negara benar-benar bebas daripada pelanggaran undang-undang.

(Visited 85 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.