Lagi gambar Dr M kena turun.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke kesal tindakan pihak berkuasa menurunkan gambar Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon dari papan iklan di kawasan Parlimen Seremban, malam tadi.

Walaupun kesal dengan tindakan itu, kata Loke, mereka akan tetap mendirikan semula papan iklan terbabit. Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini. Menurut garis panduan baru SPR, seseorang calon hanya boleh menampilkan gambar dua pemimpin parti politik – presiden dan timbalan presiden, atau mereka yang setaraf – pada bahan kempen, selain foto calon berkenaan.

Bagi kedua-dua pemimpin kanan itu pula, mereka mestilah dari parti yang diwakili oleh calon tersebut. Foto pemimpin lain dilarang sama sekali.



Bagaimanapun, Loke tetap menolak syarat baru SPR itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

(Visited 62 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.