PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Najib, Rosmah ‘sedondon’ berarak ke pusat penamaan calon

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Najib, yang berbaju Melayu biru tua dan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Bangunan UMNO Pekan pada 8.35 pagi, dan berarak bersama-sama penyokongnya selama lima minit menuju ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 300 meter dari bangunan tersebut.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Najib, yang menyandang kerusi Parlimen Pekan sejak 1976, dilihat tersenyum dan melambai kepada penyokong BN yang kelihatan cukup bersemangat mengibarkan bendera BN bersama pelbagai sepanduk sambil melaungkan ‘Hidup BN’ di sepanjang laluan menuju ke dewan konvensyen.

Pada PRU13, Najib menang dengan majoriti 35,613 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66