Contoh-contoh undi ragu yang ditolak:

1. Kertas undi yang tidak dicap atau ditindik dengan tanda rasmi
atau tidak ditandatangani oleh ketua tempat mengundi.

2. Sebarang tanda yang diberi kepada lebih dari satu calon.



3. Tanda yang dibuat pada ruang satu-satu calon tetapi
melangkaui ruang calon yang lain.

4. Tanda yang dibuat di luar ruang nama calon, ruang simbol dan
ruang untuk memangkah.

5. Sebarang tanda atau catatan yang boleh mengenalkan diri
pengundi yang dibuat di mana-mana bahagian kertas undi.

6. Sebarang bentuk gambar yang dilukis di mana-mana di
bahagian kertas undi.

7. Kertas undi yang ditulis dengan perkataan lucah, sensitif dan
yang menunjukkan persendaan di mana-mana bahagian kertas
undi.

8. Kertas undi yang ditulis dengan sebarang perkataan.

9. Kertas undi yang dikoyak dan diceraikan.

10. Kertas undi kosong (tidak bertanda).

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.