Imam Palestin Mati Di Tembak – @PDRMsia

KUALA LUMPUR, 21 Apr -Seorang Pensyarah sebuah universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati ketika dalam perjalanan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.



“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian serta mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan dan ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran.

(Visited 107 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.