Bekas Anggota Pasukan Elit HANDAU Selamatkan Wanita

 

PULAU PINANG, 18 Apr – “Saya anggap dia macam anak sendiri menyebabkan saya nekad untuk terjun ke laut bagi menyelamatkannya, kata bekas anggota Pasukan Pertahanan Darat dan Udara (HANDAU) yang kini dikenali sebagai Pasukan Khas Udara (PASKAU), Zaidi Salleh, 52.

Beliau yang nekad apabila mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke laut di Kilometer 9.9 Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan, hari ini.

Zaidi berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya yang bertugas meronda di jambatan itu lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sedang terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Saya hanya memikirkan mangsa seperti anak sendiri menyebabkannya tidak sampai hati melihat keadaan itu lalu terjun daripada ketinggian antara 18 hingga 20 meter demi menyelamatkan nyawa wanita itu.

“Saya memang tidak fikir panjang ketika itu kerana melihat mangsa menjerit meminta tolong sekali gus menimbulkan rasa kasihan apatah lagi dia seolah-olah seperti anak saya sendiri.

“Bagaimana perasaan saya sebagai seorang bapa sanggup membiarkan ‘anak’ menjerit dan meminta pertolongan seperti itu lalu terus terjun untuk menyelamatkannya,” katanya.

Zaidi memberanikan dirinya berikutan mempunyai pengalaman dan kepakaran berenang dalam tempoh lama di laut kerana pernah bertugas sebagai anggota tentera udara dan komando.

“Syukur dengan kelebihan yang dianugerahkan ini kerana saya dapat berbakti dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

“Saya tahu mangsa tidak sedar apa yang dilakukannya kerana berada dalam keadaan yang amat tertekan. Jika tidak, dia tidak menjerit ketakutan seperti itu.

“Malah, wanita itu juga hanya menangis sepanjang kami terapung di laut selama 45 minit, dan dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

“Hasil temubual awal yang dijalankan dengan mangsa didapati wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan tertekan,” katanya

Video insiden berkenan tular di media sosial dan menjadi bualan netizen untuk mengetahui punca wanita itu bertindak sedemikian.

(Visited 92 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66