PAS Bakal Pecah Rekod Tanding Kerusi Paling Banyak Di PRU14 – @MahfuzOmar

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyindir parti lamanya PAS yang ingin bertanding di 160 daripada 222 kerusi parlimen.

Beliau menyatakan bahawa dalam keadaan berkenaan adalah tidak menghairankan apabila jumlah kerusi sentiasa diubah-ubah walaupun sampai ke tahap yang tidak munasabah walaupun sudah layak untuk dimasukkan ke Malaysia Book of Records.

“Pengumuman PAS berkenaan merupakan rekod penting dalam politik negara kerana menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.

“UMNO selaku parti terbesar di Malaysia daripada segi keahlian dan cawangan serta menjadi parti tunggal yang paling ramai ahlinya menjadi ahli dewan rakyat, hanya bertanding sekitar 121 kerusi sahaja dalam pilihan raya umum yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut membangkitkan persoalan sama ada jumlah kerusi berkenaan muktamad atau sebaliknya kerana beliau mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering memberi kenyataan yang bertukar-tukar.

“Pada sebelum ini PAS ada mengeluarkan kenyataan untuk bertanding 150 kerusi Parlimen namun semalam, Hadi mengumumkan 160 kawasan pula.

“Saya tak pasti sama ada ini adalah muktamad kerana PAS, terutamanya presiden PAS sendiri acapkali bertukar-tukar sikap dan sentiasa mengubah sasaran dan jangkaan terutama dari aspek kerusi yang hendak ditandingi, katanya.

Mahfuz berkata, tidak lama dulu PAS ada menyatakan bahawa mahu kekal bertanding di semua kerusi PAS sebelum ini iaitu kira-kira sebanyak 80 kerusi tetapi kemudiannya menjadi 100, 120 dan 130 kerusi.

“Selepas beberapa hari Setiausaha Agung PAS pula menyatakan PAS akan bertanding 150 kerusi dan beberapa hari yang lepas Presiden PAS tiba-tiba mengisytiharkan akan bertanding 160 kerusi pula.

“Bila sentiasa mengubah-ubah jumlah kerusi yang nak ditanding ini menunjukkan betapa berceramuknya percaturan PAS,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan daripada mana wang akan diperolehi PAS sekiranya parti berkenaan bertanding 160 kerusi Parlimen memandangkang wang deposit calon dan bahan kempen boleh mencecah jutaan ringgit.

“Jika benar PAS mahu bertanding 160 kerusi Parlimen, maka untuk deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15 ribu untuk sebuah kerusi Parlimen.

“Manakala untuk belanja pilihan raya sahaja katakan sekurang-kurangnya sebanyak RM100 ribu bagi sesebuah kerusi (had perbelanjaan yang ditetapkan akta pilihan raya ialah sebanyak RM200 ribu).

“Maka secara keseluruhan yang diperlukan ialah paling kurang sebanyak RM18.4 juta dan jika perbelanjaan pilihan raya PAS mencapai had maksima yang di tetapkan SPR sebanyak RM200 ribu maka perbelanjaan untuk 160 kerusi Parlimen akan mencecah RM34.40 juta,” kata Mahfuz lagi.

Sehubungan itu, Mahfuz mendakwa beliau menganggap bahawa ‘permainan’ di sebalik bertanding 160 kerusi parlimen bertujuan untuk memecahkan undi Pakatan Harapan bagi memberi kedudukan selesa kepada BN untuk terus berkuasa.

(Visited 69 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66