Mersing Sedia Untuk Transformasi Seterusnya.

MERSING, 18 Apr – Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pelaksanaan projek-projek InfraRakyat dan program-program pembangunan modal insan strategik yang baharu bagi merancakkan lagi transformasi sosioekonomi daerah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, Mersing sudah mengalami transformasi sosioekonomi yang amat memberangsangkan, susulan manfaat yang diperoleh hasil projek-projek infrastruktur berimpak tinggi dan strategi pembangunan ‘Hutan Hujan ke Terumbu Karang’ atau ‘Rainforest to Reef (R2R)’ yang dilaksanakan oleh ECERDC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.

“Malah, sektor pelancongan kini telah menjadi enjin utama pertumbuhan Mersing yang mencatatkan peningkatan jumlah pelancong sebanyak 8 peratus pada tahun 2015 dan 2016.

“Ianya memberi limpahan manfaat menerusi peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada masyarakat setempat, yang seterusnya telah meningkatkan taraf hidup mereka dengan ketara,” katanya.

Menurut beliau, dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta dalam perbelanjaan pembangunan di Mersing bagi pelaksanaan projek-projek InfraRakyat berimpak tinggi dan program-program pembangunan modal insan untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi di Mersing.

“Antara projek-projek pelancongan yang sudah siap dan sedang dalam pembinaan termasuk Mersing Harbour Centre, Medan Ikan Bakar Endau-Mersing, penaikan taraf jalan ke Taman Negara Endau-Rompin dan kerja-kerja InfraRakyat di Pulau Mersing serta Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar (PIPTSLI) di Pulau Besar.

“Hasil daripada pelaburan awam ini, jumlah pelaburan swasta di Mersing telah meningkat sehingga RM1.6 bilion setakat ini dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 11.5 peratus antara tahun 2007 dan 2017.

“Pelaburan berkenaan mewujudkan sebanyak 1,710 peluang pekerjaan dan 171 peluang perniagaan baharu untuk Rakyat di Mersing. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, pendapatan isi rumah di Mersing turut meningkat sebanyak 33 peratus antara tahun 2012 dan 2014, katanya

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66