PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Hadi patut jadi ustaz di kampung – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 17 April – Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerang kembali Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu hanya layak menjadi ustaz untuk mengajar agama di kampung sahaja selepas dinasihatkan supaya mencurahkan kebajikan di Klinik 1Malaysia.

Dr. Mahathir turut menyindir Abdul Hadi sebagai tidak layak untuk memasuki bidang politik kerana Presiden PAS itu tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang tersebut.

“Dia patut jangan masuk politik dia patut jadi ustaz, ajar di kampung-kampung yang mana dia cukup layak.

“Tetapi dalam politik dia tak tahu apa pun jauh sekali dalam bidang pentadbiran, bila dapat Terengganu apa jadi dia (Abdul Hadi) tadbir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menasihatkan Dr. Mahathir yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi untuk bekerja sebagai doktor di Klinik 1Malaysia untuk berbakti kepada rakyat.

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66