PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Polis Arah Peserta Perhimpunan Bersurai.

KUALA LUMPUR, 14 Apr –  Pasukan Light Strike Force (LSF) dan anggota polis dikerahkan bagi menghalang peserta perhimpunan Gerakan Anak Muda Cari Jho Low daripada berarak ke Dataran Merdeka, hari ini.

Perkara berkenaan susulan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah itu, Jalan TAR dari hadapan SOGO kini ditutup daripada dilalui sebarang kenderaan.

Namun, peserta seakan ingkar arahan polis dan mereka kini berkumpul di laluan Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Sogo bersiap sedia untuk berarak apabila polis serta penganjur meneruskan perbincangan.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, sempat berucap kepada peserta perhimpunan yang masih berdegil dan terus berhimpun walaupun masa 15 minit yang diberikan pihak polis sudah tamat.

Maklumat terkini, peserta perhimpunan akur dengan arahan polis untuk beredar daripada laluan Jalan TAR dan kini mereka berkumpul semula di perkarangan SOGO.

 

(Visited 116 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66