PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Jika BN Akan Menang Selesa, Kenapa Perlu Tindas PH – @MahfuzOmar

 

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar hari ini menempelak kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang menyatakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan menang selesa pada Pilihanraya Umum (PRU-14) akan datang

Beliau berkata, BN tidak sepatutnya berpegang kepada kajian Oxfords Economics yang menjangkakan BN akan menang besar pada PRU-14 dengan bersandarkan manifesto BN.

“Sepatutnya BN tidak hanya berpegang kepada satu kajian semata-mata bagi menyedapkan ‘halwa telinga’ ahli serta penyokong BN untuk mendengar.

“Seharusnya BN juga berpegang kepada berbagai kajian di lapangan lain yang jika dibaca oleh Setiausaha Agung BN boleh menyesakkan jiwa dan hati, katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak kajian oleh badan kajian tempatan mendapati BN akan tumbang atau menang tipis dalam PRU-14. Menurut beliau, kajian tersebut  adalah fakta yang besar dan boleh dipercayai.

“Jika benar BN berasa selesa dan akan menang besar pada PRU-14, sudah tentu Perdana Menteri tidak akan meluluskan Persempadanan Semula Pilihanraya dan Rang Undang-Undang AntiBerita Tidak Benar, tidak perlu menambah bilangan pengundi pos dalam senarai daftar pemilih, memaksa ROS membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan bertindak tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan.

“Adakah dengan berasa selesa untuk menang,maka hari mengundi diumumkan pada 9 Mei 2018, hari Rabu oleh SPR. Mujur kerana desakan ramai, maka kerajaan terpaksa isytihar cuti umum pada hari tersebut.

“Kesemua tindakan berkenaan menunjukkan BN sebenarnya dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk menang, katanya.

Beliau juga turut menegaskan bahawa PH perlu diberi ruang seluasnya di media eletronik dan media cetak sebagaimana yang dilakukan BN.

“Rakyat sedia maklum bahawa PH hanya berkempen dengan jentera parti bukan jentera kerajaan, tidak meluluskan projek segera bersifat kecil atau mega di saat setiap kali menjelang musim pilihanraya,” tambah beliau.

“Tengku Adnan patut berasa malu dengan tindakan pemimpin tetinggi BN yang terus menzalimi pembangkang dan menyekat arus kebangkitan rakyat dan keadaan akan lebih teruk berlaku dengan pelbagai kemungkinan lebih dahsyat yang boleh berlaku dalam PRU akan datang, katanya.

(Visited 35 times, 2 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66