PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Gandingan Tun M dan Anwar, kelakar – @HishammuddinH2O

KLUANG, 14 Apr – UMNO tidak langsung berasa gentar dengan gandingan kerjasama antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dakwaan Anwar yang menyatakan UMNO begitu takut dengan gandingan mereka bukan sahaja tidak benar malah ianya agak kelakar.

“Kerjasama kedua-dua individu berkenaan ketika dalam UMNO sebelum ini juga sudah terbukti gagal dan tidak berjaya.

“Adakah kami takut kerjasama Mahathir dengan Anwar dan sudah semestinya tidak. Malah, dalam UMNO dulu ketika kerjasama mereka dalam UMNO sendiri pun apabila diuji gagal, apatah lagi di luar.

“Apa yang kita mahu takutkan kerana masa itu mereka berada dalam bahtera UMNO sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri juga tidak nampak boleh kerjasama, katanya ketika sidang media Majlis Warga FELCRA Wilayah Johor Bersama Pemimpin di Padang Awam, Kampung Melayu Batu 4, Paloh, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak nampak mengapa UMNO mahu takut dan gentar dengan gandingan mereka berdua. Apa lagi dengan gandingan bersama DAP,  PPBM dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang belum teruji.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya dilaporkan berkata, beliau musykil mengapa UMNO  begitu takut dengan gandingannya bersama Dr Mahathir malah mendakwa pimpinan Umno menganggap kerjasama mereka sebagai perkara yang janggal kerana mereka sudah bermusuhan begitu lama.

(Visited 78 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66