Bot Nelayan Langgar Syarat Sah Lesen Ditahan

KOTA TINGGI, 11 Apr – Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Perkasa Selatan di perairan Johor Timur telah menahan sebuah bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 22.45 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi membanteras bot nelayan asing dan seterusnya menjumpai bot nelayan berkenaan.

“Bot nelayan yang menggunakan nombor pendaftaran PAF 4555 membawa seramai 20 orang kru termasuk tekong warganegara vietnam yang berusia 18 tahun hingga 51 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri telah ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

“Bot terbabit didapati membawa muatan lebih kurang 3 tan ikan campur kes akan disiasat di bawah seksyen 8 (b) melanggar syarat sah lesen dan seksyen 10 (1)(c) permit kerja warganegara asing di bawah Akta Perikanan 1985 .Jika disabitkan kesalahan tekong dan awak-awak boleh dikenakan kompaun.

Sementara itu, Maritim Malaysia memohon kerjasama daripada nelayan tempatan dan orang ramai dalam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan yang mencurigakan di perairan negeri ini.

 

 

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com