PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

AMANAH Johor Tanding 12 Kerusi DUN, 2 Parlimen.

BATU PAHAT, 11 Apr – Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor hari ini mengumumkan akan bertanding di dua kawasan Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 di negeri ini.

Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata, enam daripada calon-calon berkenaan merupakan kali pertama bertanding termasuk ketika mereka masih bersama parti Pas.

“Bagi PRU Ke 14 ini adalah kali pertama kesemua kami bertanding kecuali ketika masih bersama-sama dalam parti sebelum ini.

“Bagi kerusi Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub merangkap Timbalan Presiden AMANAH turut disenaraikan untuk bertanding di kawasan berkenaan serta satu kerusi DUN Simpang Jeram di Bakri, manakala Parlimen Parit Sulong bakal ditandingi Ketua Wanita Muda AMANAH, Anis Afida Mohd Azli,” katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66