Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat Buat Laporan Polis

BATU PAHAT, 10 Apr – Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat membuat laporan polis berkaitan dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu tertentu berkenaan kain rentang yang dipasang yang berunsurkan hasutan dan provokasi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat, Razmi Ismail berkata, dia dihubungi oleh kenalannya berkenaan kain rentang yang menyatakan Ketua Bahagian mereka tidak perlu dipilih untuk menjadi wakil rakyat lagi dalam PRU 14.

“Pihak kami mengharapkan pihak berkuasa menyiasat perkara terbabit dan meminta tindakan undang-undang yang setimpal dengan tindakan yang dilakukan.

“Saya dimaklumkan bahawa kain rentang berkenaan dipasang dibeberapa lokasi di sekitar daerah Batu Pahat dan ianya tindakan yang kurang bijak oleh mereka yang melakukannya, katanya selepas membuat laporan berkenaan di Balai Polis Senggarang.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengakui adanya mereka yang tidak berpuas hati dan bertindak untuk memasang kain rentang berkenaan.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada mereka yang cuba melobi untuk menjadi calon melakukan namun mengharapkan tindakan sewajarnya dikenakan oleh pelakunya,” katanya.

(Visited 72 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com