PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Kementerian Pertahanan Malaysia Selar Kenyataan Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Apr – Kementerian Pertahanan Malaysian hari ini menyelar kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang mendakwa kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek mengikut kaedah ‘land swapping’ oleh Kementerian berkenaan.

Melalui kenyataan rasmi Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa dakwaan yang kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindahmilik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

“Secara umumnya, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan projek-projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara land swap serta lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

“Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain.

“Secara prinsipnya, pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisma yang telah digunapakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan rasmi berkenaan, setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara land swap yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip.

“Selepas kelulusan prinsip diperolehi, cadangan projek pembangunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN.

“Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri  untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan perlaksanaan.

“Tanah-tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah land swapping dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ‘end user’ seperti Tentera Darat,  TLDM dan TUDM.

“Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar, maka kem-kem terbabit perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai, katanya.

(Visited 70 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66