Kain Rentang Tolak Puad Zarkashi Dinaikkan

 

BATU PAHAT, 10 Apr – Beberapa kain rentang yang menolak Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi,  digantung di sekitar daerah ini sejak pagi tadi.

Gambar beberapa kain rentang berkenaan  turut tular di media sosial sejak pagi tadi antara lain tertera “Pemimpin Sombong dan Ego (Puad Zarkashi) Kami Tolak”, “Puad Kekal Lagi Di P150? Tahniah PKR Menang Mudah” dan “Anda Fikir Pengundi Batu Pahat Suka Puad Zarkashi? Kami Penduduk Batu Pahat Berikrar akan Membenamkan Puad Sekali Lagi”.

Kain rentang berkenaan yang digantung di beberapa kawasan termasuk persimpangan utama Sungai Suloh dan Jalan Batu Pahat-Pontian itu dipercayai dinaikkan selepas spekulasi mengatakan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bakal dicalonkan semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Batu Pahat, semakin hangat diperkatakan.

Ahli UMNO Batu Pahat yang enggan dikenali mendakwa, kewujudan kain rentang berkenaan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan berikutan ada kalangan ahli parti berkenaan yang sememangnya kurang menyenangi dan tidak sehaluan dengan kepemimpinan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkenaan.

“Tindakan menggantung kain rentang itu saya percaya didalangi kalangan ahli UMNO Batu Pahat juga dan bukannya orang luar atau pembangkang.

“Ini kerana pembangkang pasti bersyukur dan gembira jika benar Mohd Puad dicalonkan semula berikutan mereka tahu sentimen masyarakat Batu Pahat yang tidak menyukainya,” katanya.

(Visited 242 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66