Pembangkang Gagal Faham Struktur Industri Air Dalam Negara

In this video

 

JOHOR BAHRU, 9 Apr – Manifesto ciplak yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) mengenai pemberian air percuma di Negeri Johor jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang gagal memahami terhadap struktur industri air dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, Kerajaan Negeri Johor sudah dan sedang melaksanakn pemberian air percuma sebanyak 25 meter padu kepada rakyat di Negeri Johor ketika ini.

“Terdapat beberapa aspek dalam pemberian air percuma berkenaan iaitu daripada segi struktur tarif air diguna pakai dan ianya sudah disemak oleh persatuan pengguna yang telah dibincangkan bersama dengan ‘Stake Holder’ serta 25 meter padu air berkenaan adalah purata penggunaan air bagi pengguna di Negeri Johor dalam sehari.

“Kerajaan Negeri Johor memberi air percuma 25 meter padu kepada golongan sasaran iaitu mereka yang tersenarai dalam E-Kasih, penerima bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan melalui Bajet Negeri Johor 2018, ianya akan diperluaskan di kawasaan perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Johor mahu mendidik rakyat Johor supaya lebih menghargai sumber air dan menggunakannya secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Johor perlu mengambil kira tentang suasana dan situasi samada seperti daripada faktor iklim dan sumber yang sedia ada

“Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah untuk meminda enakmen air yang bertujuan untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap ancaman kepada sumber-sumber air yang ada ketika ini sama ada daripada sumber sungai, empangaan-empangan yang ada termasuk sumber air bawah tanah dan sebagainya.

“Pindaan enakmen air yang sudah dilaksanakan ianya bukan hanya dapat mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan air daripada sumber yang ada, malah akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya mereka menjaga sumber yang ada, katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya adalah untuk memastikan bahawa dengan sumber-sumber yang terkawal membawa kepada kos operasi untuk merawat air juga akan dapat diuruskan dengan lebih baik.

“Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor ini adalah juga menjurus untuk mempunyai tarif yang sesuai dan yang penting adalah melaksanakan program-program pembangunan sumber dan mengurus bekalan yang lebih baik berdasarkan dengan pembangunan yang pesat membangun di Negeri Johor.

“Dengan adanya jaminan bekalan air yang berterusan pelabur akan lebih yakin untuk membuat pelaburan di Negeri Johor, katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atas usaha penjelasan dan ketegasan beliau khususnya dalam memberi pandangan terhadap manifesto ciplak Pakatan Harapan (PH) di Negeri Johor.

“Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak pembangkang kerana telah bersetuju bahawa pendekatan pemberian air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai langkah yang juga wajar dijalankan di Negeri Johor.

“Apa yang telah dinyatakan dalam manifesto ciplak PH berkenaan adalah sesuatu yang telah diambil kira oleh kerajaan dan ianya sedang dilaksanakan serta ada pihak yang menyatakan bahawa tarif air di Negeri Johor adalah yang tertinggi dalam negara dan ianya adalah berpunca daripada pengurusan yang satu ketika dahulu diketuai oleh seorang pemimpin yang kini sedang berada di dalam PH, katanya.

Tambah beliau, ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap dan pihak pembangkang tidak berjaya dalam memahami usaha untuk menambah baik pengurusan sumber dan bekakan air, maka atas sebab berkenaan hutang untuk membangunkan sumber air begitu tinggi yang rakyat mewarisinya ketika ini.

“Bersyukur bahawa kerajaan pada ketika ini bercita-cita untuk melaksanakan ‘Zero Cost Recovery’ dan bererti bahawa setidak-tidaknya dalam tempoh sesingkat yang mungkin satu hari nanti anak cucu kita tidak lagi berhutang bagi menguruskan sumber dan bekalan air dalam Negeri Johor, katanya.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com