Kesal Reaksi Negatif Sesetengah Individu Terhadap TMJ

 

JOHOR BAHRU, 9 Apr – Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini menyatakan kekesalan dengan reaksi sesetengah individu yang tidak dapat menerima pandangan dan teguran ikhlas yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu isu politik negara.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim berkata, mereka tidak seharusnya terhimpit dengan gejala ‘minda herot’ iaitu beranggapan dan pandangan serta pegangan prinsip satu pihak sahaja dianggap baik.

“Janganlah pula diheret emosi kerana terikut-ikut rentak dan watak memberontak sehingga boleh melunturkan kemuafakatan yang telah lama bertapak di negeri ini.



“Terimalah pendapat dengan berlapang dada dan tidak sesekali menjadi manusia ego dan sentiasa bermuhasabah”, katanya.

Menurut beliau, pandangan yang diberikan Tunku Ismail adalah satu nasihat oleh seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang sudah pastinya lebih arif dalam aspek keperluan dan kehendak rakyatnya.

(Visited 70 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.