PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

PH Nafi Ciplak Usaha Kerajaan Negeri Johor.

JOHOR BAHRU, 8 Apr – Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor menafikan manifesto yang diumumkan kelmarin adalah menciplak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Biro Tawaran dan Dasar PH Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, intipati dan pengelasan manifesto parti berkenaan adalah tidak sama kerana Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai informasi yang lengkap serta gagal memahami sepenuhnya agenda yang sudah diusulkan.

“Rakyat seharusnya bijak dan mengambil langkah memahami sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh PH sebelum termakan kenyataan daripada kerajaan negeri.

“Daripada 10 dibentangkan tujuh manifesto belum pernah dilakukan mereka tetapi tiga itu yang seakan sama seperti usul air percuma yang mana kerajaan sememangnya mengeluarkan bantuan 35 meter padu air tetapi ianya hanya melibatkan asnaf, miskin tegar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang hanya memberi manfaat kepada 7,000 pemegang akaun sahaja.

“Kita pula tawarkan 10 meter padu sahaja tetapi untuk golongan capaian khususnya B40 yang mana skop sokongan dan penerima manfaatnya lebih luas sehingga mencecah kepada 138,000 akaun,” katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau.

Menurut beliau, mengenai isu perumahan pula, sasaran 100,000 unit rumah berkenaan bukan bermaksud mahu meniru keupayaan BN tetapi menjelaskan yang projek sedia ada berlangsung sangat perlahan dan tidak mencapai sasaran.

“PH mencadangkan untuk bina 100,000 unit tetapi dalam masa lima tahun yang mana puratanya adalah 20,000 unit dibina setiap tahun, berbeza dengan BN mereka mempunyai sasaran 60,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang ingin disiapkan menjelang 2020.

“Bermaksud 10,000 unit sahaja setahun, jadi ianya tidak sama dan jumlah berkenaan jika dikira pencapaian mereka daripada tahun 2014 sejak pengenalan projek RMMJ berkenaan dan kerajaan negeri hanya mampu menyiapkan 16,010 unit sehingga Oktober tahun lalu yang hanya 27 peratus daripada sasaran mereka, katanya.

Dzulkefly berkata, mengikut rekod yang diteliti, sasaran 60,000 berkenaan tidak akan tercapai kerana perjalanan projek yang begitu perlahan.

“Bagi memastikan kelancaran projek, PH akan memperkenalkan usul tender terbuka kepada setiap projek pembangunan kerajaan.

“PH sudah menggerakkan unit berkenaan sejak setahun lalu, dibantu pakar dan golongan profesional untuk mengira setiap jumlah dan angka yang berlaku dalam kemajuan di Johor, katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi teguran kepada BN agar memahami dahulu perkara yang ingin dipersoalkan sebelum membuat tuduhan melulu seolah-olah PH tidak membuat kajian.

(Visited 27 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66