PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Tindakan RoS Bercanggah, PPBM Terus Berfungsi.

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa terdapat kekeliruan dan percanggahan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengumumkan pembubaran sementara terhadap parti berkenaan.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas meneliti kandungan dan surat daripada RoS, pihaknya mengambil keputusan bahawa PPBM masih lagi sah dan boleh berfungsi seperti sediakala sehingga mana ia belum disahkan batal.

“Terdapat beberapa perkara yang bercanggah melalui surat daripada RoS berhubung keputusan terhadap parti PPBM, sama ada saya, presiden, setiausaha agung atau bendahari tidak pernah terima notis pembubaran berkenaan, termasuk pejabat pendaftar PPBM di Damansara”, katanya.

Menurut beliau, perkara berkenaan bercanggah dengan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tertinggi, sebaliknya telah diumumkan kepada awam.

“Kekeliruan juga timbul dalam penggunaan terma ‘diperintah sementara dibubarkan’ dan pihak RoS tidak patuhi seksyen berkenaan, maka perintah sementara pembubaran itu berlaku belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami hingga kini dan dianggap sebagai tidak sah laku.

“Kita beranggapan PPBM masih berfungsi seperti biasa,kita akan teruskan kempen dan jentera seperti biasa”, katanya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir turut menyatakan PPBM akan melakukan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.

“Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara yang dikatakan bertarikh 5 April berkenaan boleh dirayu kepada menteri untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu kepada menteri berkenaan iaitu Datuk Zahid Hamidi jadi PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat.

“Jika Zahid Hamidi tidak takut dengan PPBM, maka saya cabar dia luluskan rayuan itu secepat mungkin. Kalau tidak terbuktilah menteri kerajaan memang takut dengan kewujudan PPBM”,katanya.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66