Parlimen Bubar Esok. @NajibRazak

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa mulai esok (Sabtu) selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14.

Najib Razak membuat pengumuman khas  berkenaan yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara mulai jam 12 tengah hari ini, selepas mengadap dan memperoleh perkenan Sultan Muhammad V.

Sementara itu, beliau menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran parlimen pada hari esok.

Tambah beliau, langkah berkenaan bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

(Visited 39 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com