JOHOR BAHRU, 6 Apr – Jika Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak mengumumkan pembubaran Perlimen pada pagi ini, satu mesyuarat khas EXCO Johor akan diadakan serta-merta pada petang ini.

Jurucakap Pejabat Jurutulis Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, mesyuarat khas EXCO berkenaan akan diadakan pada jam 3 petang ini selepas Majlis Perasmian Masjid Pulai Indah yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Pakaian untuk EXCO beragama Islam ialah Baju Melayu, manakala bukan Islam adalah ‘lounge suit’.



“Tiada sebarang kertas kerja akan dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan dan hanya untuk memaklumkan pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan Sultan Johor”, katanya.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.