PPBM Diperintah Bubar Untuk Sementara

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkuat kuasa hari ini.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini diberi perintah bubar oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut notis di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 berkuasa serta-merta.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, perintah berkenaan memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.

“Pihak PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara berkenaan dan tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

“Perintah pembubaran sementara berkenaan sudah dikemukakan kepada PPBM pada jam 12.30 tengahari tadi dengan dialamatkan bagi serahan kepada Setiausaha Agung PPBM, katanya.

Menurut Surayati, pihaknya mendapati bahawa PPBM telah gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Februari lalu.

“Jadi, menurut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir maklumat dan dokumen seperti diperintahkan, ROS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara berkenaan.

“Berdasarkan Seksyen 14 (7) akta sama, selepas tamat tempoh 30 hari itu, sekiranya ada rayuan dan selepas dari tarikh jika rayuan itu ditolak, maka Perintah Pembubaran Sementara ini akan menjadi mutlak dan PPBM dibatalkan pendaftarannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com