Bersatu Tiada Diperingkat Cawangan

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah lama memaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa parti berkenaan  tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara berkenaan sudah dijelaskan kepada RoS bahawa Bersatu tidak ada di peringkat cawangan.

“Pihak kami sudah lama memberitahu RoS bahawa kami tidak ada cawangan dan RoS juga sudah memberitahu Bersatu sememangnya tiada di cawangan.



“Atas sebab berkenaan, apabila kami mengadakan mesyuarat agung kami tidak boleh ada orang daripada cawangan masuk dalam bahagian untuk memilih wakil ke mesyuarat agung,” katanya.

Sementara itu, bekas Exco Pemuda Bersatu, Mohamad Taufik Abas berkata, RoS sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengharamkan Bersatu dengan segera kerana kepimpinan parti berkenaan gagal melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai sebuah parti pertubuhan.

“Sudahlah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, ingin bersuara juga tidak dibenarkan.

“Malah, macam mana boleh bermesyuarat agung jika tidak ada mesyuarat di peringkat bawahan dan peringkat bahagian, tiba-tiba sahaja sudah ada perwakilan di mesyuarat agung pada penghujung tahun 2017″, katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.