Johor 4.0 Memacu Perkembangan Ekonomi Digital Di Negeri Johor.

 

 

JOHOR BAHRU, 2 Apr – Inisiatif Johor 4.0 dilancarkan merupakan agenda komprehensif bagi mentransformasikan Negeri Johor menjadi sebuah negeri pintar dan memacu perkembangan ekonomi digital di Negeri Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor 4.0 merupakan satu inisiatif strategik yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri untuk Johor bersedia menyambut ketibaan ekonomi digital seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan Revolusi Industri Keempat (4IR).

“Ianya juga bertujuan memastikan pemegang teguh terpenting dalam negeri iaitu Bangsa Johor sendiri akan terkehadapan dalam menyambut ketibaan ekonomi digital nanti.

“Perkara berkenaan sekali gus akan melonjakkan Johor menjadi kuasa ekonomi baharu dalam negara dan juga di rantau ini, katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Johor 4.0, hari ini.

Menurut beliau, tanggungjawab untuk mendigitalkan Bangsa Johor berkenaan diserahkan kpeada Digital Johor Sdn Bhd (DJSB) iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang juga syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66