Salahuddin Cemburu Dengan Program Jualan Sentuhan Rakyat.

JOHOR BAHRU, 3 Apr – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap menyifatkan Presiden Parti Amanah (AMANAH) Salahuddin Ayub sebenarnya cemburu apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) menganjurkan Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) kepada rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata, PJSR dianjurkan apabila mesyuarat majlis memutuskan untuk membantu kos sara hidup di Malaysia dan menyatakan bahawa Salahuddin Ayub lupa yang kerajaan Negeri Selangor juga meniru program seumpama itu dengan membuat jualan barangan runcit dengan harga yang murah.

“Mungkin Salahuddin cemburu BN membuat jualan sentuhan rakyat dan gusar apabila ribuan orang ramai yang datang ke program berkenaan, katanya.

Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub menyatakan PJSR yang dianjurkan oleh kerajaan BN menunjukkan rakyat sedang terbeban dengan ekonomi negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

(Visited 26 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com