PJSR Bukti Usaha UMNO Bantu Rakyat.

JOHOR BAHRU, 3 Apr – Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa UMNO melakukan ikhtiar untuk membantu rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tidak seperti pihak pembangkang yang hanya tahu menyalahkan semua perkara terhadap UMNO.

Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub yang mendakwa PJSR yang dianjurkan oleh UMNO menunjukkan bahawa rakyat sedang terbeban dengan ekonomi negara yang di pimpin Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Sementara itu, Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh UMNO dalam usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Program berkenaan dilakukan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat bagi memperolehi barang keperluan harian pada harga yang murah dan berkualiti.

Malah, PJSR turut membantu para peniaga untuk mempertingkatkan pendapatan mereka disamping dapat menjual barangan keperluan harian dengan harga yang murah berbanding pasaran.

Tambahan pula program berkenaan tidak mengenakan bayaran atau sewa tapak kepada peniaga dan sehingga kini sambutan dalam kalangan rakyat begitu menggalakkan bukan saja mendapatkan barang dijual lebih murah tetapi lebih segar dan berkualiti.

(Visited 12 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66