Adun Kempas Lancar Buku Laporan Penuh DUN Kempas N47 Secara Online.

 

Johor Bahru: Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat, seorang ahli politik yang sering menempa kelainan, sekali lagi muncul dengan cara tersendiri menerbitkan laporan penuh sepenggal beliau berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Kempas, dalam kedua-dua versi digital dan cetak.

Beliau dikatakan sebagai ahli politik pertama di negara ini yang menghasilkan kad laporan perkhidmatan sebagai wakil rakyat BN di kawasan pilihan raya negeri ini.

Beliau juga adalah ahli politik sedang-berkhidmat yang pertama di negara ini, yang menyerahkan laporan penggal perkhidmatan sebagai wakil rakyat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan tersebut mengandungi teks-teks ucapan beliau di Dewan Negeri serta keseluruhan aktiviti beliau sepanjang penggal pertama berkhidmat sebagai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Malah, Datuk Tengku Putra telah mula mendokumentasikan aktiviti perkhidmatannya untuk laporan separuh penggal, iaitu pada tahun 2015.

“Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memaklumkan kepada rakyat tentang keadaan negerinya. Ia dapat dilihat dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat setiap kali membuat ucapan State of the Union, dan juga oleh Perdana Menteri kita dalam pelbagai ucapan negara.

“Begitu juga setiap wakil rakyat seharusnya mempunyai kewajiban untuk menyerahkan laporan bagi kawasan yang diwakilinya. Adalah tidak luar biasa untuk ahli politik mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri, seperti yang telah saya lakukan sebelum ini, tetapi adalah penting bahawa rakyat juga turut dimaklumkan mengenai kegiatan komprehensif yang dilakukan oleh wakil rakyat masing-masing,”kata beliau pada pelancaran Laporan Penuh DUN Kempas N47 Penggal (2013-2018) Dalam Talian, di sini hari ini.

“Oleh kerana itulah kami di Kempas telah memutuskan untuk melancarkan laporan penuh penggal kami secara dalam talian untuk kemudahan para pengundi kami. Kami juga ingin mengikut jejak langkah YAB Menteri Besar Johor yang telah mengeluarkan Kad Laporan Johor di Batu Pahat minggu lepas.

“Di Johor, kami memimpin melalui teladan. “

“Tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Negeri dan Negara tidak boleh diambil enteng. Berkhidmat untuk rakyat Kempas selama ini merupakan suatu penghormatan yang tinggi,” tambah beliau.

Datuk Tengku Putra memutuskan untuk menghasilkan versi digital laporan penuh kerana beliau mengakui peranan penting media sosial sebagai penyebar maklumat.

“Ramai orang beralih kepada media sosial sebagai sumber maklumat yang utama. Saya sendiri menggunakan media sosial secara aktif melalui blog peribadi saya, akaun Facebook peribadi dan juga halaman FB untuk DUN N47.

“Versi digital laporan penuh penggal akan mempunyai jangkauan yang lebih luas di seluruh dunia,” katanya.

Statistik menunjukkan bahawa Datuk Tengku Putra telah menghadiri 1,295 acara di sepanjang 1,750 hari beliau bertugas. Beliau turut menganjurkan 83 program dan menemui 3,074 pengadu di pusat khidmat rakyat DUN N47.

Di samping itu, Datuk Tengku Putra juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Tampoi Cure and Care, Penaung Kempas Patriots Rugby Club, yang merupakan juara bawah-12 tahun perlawanan-perlawanan di Jakarta, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura tahun lalu, serta Penasihat Kehormat PEKIDA Negeri Johor.

Turut hadir di majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (NSTP) Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, anggota Parlimen Belia Malaysia dan pengetua pelbagai sekolah di Kempas.

Datuk Tengku Putra juga komited untuk melanggan akhbar New Straits Times sebanyak 7,692 naskah untuk diedarkan sebagai bahan bacaan di 10 sekolah-sekolah kawasan Kempas.

Ini adalah kali kedua ahli Dewan Undangan Negeri tersebut melanggan akhbar di bawah program NST-Newspaper in Education. Kali pertama adalah pada bulan November tahun lepas.

Beliau percaya akhbar merupakan sumber terbaik selain buku teks dan buku rujukan.

“Pelajar juga harus mengikuti perkembangan semasa dan pendidikan dalam akhbar akan membantu para pelajar mempersiapkan diri terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).”

Akhbar-akhbar tersebut akan diedarkan kepada 10 buah sekolah mulai April 2018.

 

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66