Nombor Pendaftaran FB Di Lancarkan Penuhi Permintaan Tinggi – @AKaprawi

 

BATU PAHAT, 2 Apr – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melancarkan siri nombor pendaftaran FB bagi nombor pendaftaran kenderaan Putrajaya selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, siri nombor pendaftaran berkenaan adalah kesinambungan daripada nombor pendaftaran bagi Putrajaya yang terdahulu iaitu F dan FA yang sudah digunakan pada sebelum ini.

“Selain permintaan yang tinggi daripada orang ramai, pihak JPJ mengambil keputusan untuk mengeluarkan siri Putrajaya berkenaan adalah kerana ada sesetengahnya sanggup membida nombor yang cantik untuk kenderaan masing-masing

“Pembukaan tender bagi siri Putrajaya FB berkenaan akan dibuat bermula hari ini (2 April 2018) dan akan berakhir pada 16 April ini serta keputusannya akan diumumkan pada 14 Mei 2018.

“Diingingatkan juga bahawa pihak JPJ tidak akan melantik mana-mana individu mahupun syarikat sebagai perantara atau agen bagi urusan tender dan jual beli nombor pendaftaran berkenaan”, katanya dalam sidang media program Sambutan Hari JPJ ke-72 di Dataran Batu Pahat Mall, hari ini.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66