PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Ketua Bahagian Parti Politik Ditahan Positif Dadah

 

KUALA LUMPUR, 2 Apr – Seorang Ketua Bahagian sebuah parti politik bergelar Datuk ditahan dalam serbuan ke pusat hiburan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, selepas didapati positif dadah awal pagi hari ini.

Hasil maklumat awal mengenai aktiviti pusat hiburan tanpa lesen berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke sebuah premis hiburan berkenaan pada jam 2 pagi.

Pihak penguatkuasa telah melakukan pemeriksaan di dalam bilik bernombor 202 dan menahan lapan lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita warga Indonesia dipercayai pelanggan pusat hiburan berkenaan bagi menjalani ujian saringan air kencing.

Menurut sumber, penahanan pemimpin parti politik yang berusia lewat 40-an terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Sementara itu, Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan perkara berkenaan, namun menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan dan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pemimpin politik yang turut menganggotai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan bersama sembilan lagi yang didapati positif dadah kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66