Undi PH, Hapus GST – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Pakatan Harapan (PH) menganjurkan Kempen Rakyat Tolak GST yang diadakan di hadapan Sogo yang diketuai oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, tujuan kempen berkenaan diadakan adalah untuk menunjukkan perasaan benci terhadap Cukai Barang  dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah memasuki tahun ketiga.

Menurut beliau, kerajaan BN sehingga kini sudah memunggut hampir 1.5 bilion hasil keringat rakyat melalui GST.

“Kempen ini untuk memperingatkan rakyat dan ianya adalah satu tindakan cukai yang cukup zalim yang dikenakan kepada rakyat Malaysia tidak kira kaya ataupun miskin, malah peminta sedekah juga dikenakan GST.

“GST berkenaan sudah membawa kesan yang berat kepada seluruh negara dan rakyat juga marah dengan tindakan sebegini, katanya.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengendahkan rintihan rakyat dan terus membebankan dengan GST

“PH sudah membuat satu keputusan yang tegas dan jelas untuk menghapuskan GST didalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

“Hari ini 1 April merupakan genap tiga tahun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan di negara ini, katanya.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.