Muhyiddin Tiada Prinsip Perjuangan – Ayub

JOHOR BAHRU, 1 Apr – Exco Penerangan, Pendidikan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat menyifatkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak mengetuai dan menganjurkan Kempen Rakyat Tolak GST yang diadakan di hadapan Sogo hari ini.

Beliau berkata, dahulu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dia turut menyatakan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik tetapi kini sebaliknya pula.

“Pemimpin seperti cicak kobeng yang sering menukar warna mengikut tempat adalah seorang pemimpin yang tiada prinsip dalam perjuangan, katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menganjurkan Kempen Rakyat Tolak GST yang bertujuan untuk menunjukkan perasaan benci terhadap GST yang dilaksanakan oleh kerajaan BN yang sudah memasuki tahun ketiga.

(Visited 96 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66